" />
Berita Utama :
Powered by Blogger.

    Showing posts with label 2MakananSiap. Show all posts
    Showing posts with label 2MakananSiap. Show all posts

    Resepi Makanan Siap - Membuat Taufu Fa

    Bahan-Bahan

    • 150gm kacang soya
    • 1200 ml air
    • 2 helai daun pandan yang disimpul
    • ½ sudu kecil serbuk GD
    • 1 ½ sudu besar tepung jagung
    • kain penapis untuk memerah (kain lampin bayi yang baharu juga boleh digunakan)
    • bekas tahan panas bulat (mudah ketika mencedok)

    Cara-cara membuat:

    1. Bersihkan kacang soya terlebih dahulu kemudian rendam selama 3 hingga 4 jam sahaja. 
    2. Buangkan kulit yang terkelupas dan toskan airnya. Lebih banyak kulit yang terkelupas lebih baik untuk kurangkan rasa kelatnya.
    3. Kisar kacang soya dalam pengisar dengan menambahkan air sehingga hancur.
    4. Tapis kacang soya kisar itu dengan menggunakan kain tapis dan perah ke dalam bekas sehingga kering. Kisar semula kacang soya tadi sekali lagi dan cuba perah hingga kering.
    5. Rebus pati kacang soya tadi dengan daun pandan sehingga mendidih. Kacau semasa merebus perlahan-lahan supaya tidak berkerak atau berketul. 
    6. Masukkan tepung jagung dan kacau lagi dalam satu minit dan angkat. 
    7. Campurkan serbuk GDL dan kacau hingga sebati.
    8.  Tuangkan ke dalam bekas tahan panas (sebaiknya bekas seperti termos nasi atau cooler box) menggunakan kain penapis untuk mengurangkan buih dan serdak.
    9. Tutup bekas tersebut rapat-rapat. Kalau tidak pasti, gunakan kain penapis tadi di keliling mulut bekas sebelum menutupnya.
    10. Taufu Fa anda akan siap dalam tempoh 1 jam.
     
    Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
    Copyright © 2011. Produk Orang Lenggeng - All Rights Reserved
    Template Created by Creating Website Published by Mas Template
    Proudly powered by Blogger