" />
Berita Utama :
Home » , , » Resepi Produk Makanan - Mee Kuning

Resepi Produk Makanan - Mee Kuning

Written By Pentadbir on Tuesday, March 24, 2015 | 3:35 PM

Bahan-Bahannya
  1. 500gm tepung gandum
  2. 1 biji telor
  3. 2 sudu besar air kapur 
  4. 2 sudu besar garam
  5. 200ml Air
  6.  Pewarna kuning
Caranya
  • Panaskan air dalam periuk untuk merebus mee ni dan masa nak rebus mee nanti baru masukkan garam untuk mengelakkan mesin cepat berkarat.
  • Masukkan tepung gandum, telor dan air kapur ke dalam bekas dan tuangkan 200ml air
  • Gaul sebati (doh keras sedikit dari doh karipap)
  • Bahagikan kepada 3 bahagian dan leperkan
  • Masukkan doh ke dalam mesin pada bahagian yang tiada gigi menggunakan bukaan paling besar. Alirkannya sebanyak dua kali.
  • Laraskan mesin dengan bukaan nipis yang bersesuaian dan masukkan kepingan mee tadi sebanyak dua kali juga.
  • Setelah selesai, masukkan kepingan nipis ke dalam mesin yang mempunyai gigi halus. Pusing hingga menjadi jaluran mee.
  • Rebus mee tersebut selama 5 minit. Jangan dikacau untuk 1-2 minit pertama supaya mee tersebut lebih kenyal dan tidak mudah putus apabila dikacau.
  • Selepas 5 minit, toskan dahulu mee tersebut sebelum dimasukkan ke dalam air sejuk untuk menghilangkan kanji.
  • Tos semula sehingga kering.
  • Masukkan 3 sudu minyak masak dan digaul sehingga sebati.
 Selamat mencuba.


Resepi dan foto diambil dari Facebook Tahrunnisah Jali


Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Produk Orang Lenggeng - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger