Bahan-Bahan
- 150gm kacang soya
- 1200 ml air
- 2 helai daun pandan yang disimpul
- ½ sudu kecil serbuk GD
- 1 ½ sudu besar tepung jagung
- kain penapis untuk memerah (kain lampin bayi yang baharu juga boleh digunakan)
- bekas tahan panas bulat (mudah ketika mencedok)
Cara-cara membuat:
- Bersihkan kacang soya terlebih dahulu kemudian rendam selama 3 hingga 4 jam sahaja.
- Buangkan kulit yang terkelupas dan toskan airnya. Lebih banyak kulit yang terkelupas lebih baik untuk kurangkan rasa kelatnya.
- Kisar kacang soya dalam pengisar dengan menambahkan air sehingga hancur.
- Tapis kacang soya kisar itu dengan menggunakan kain tapis dan perah ke dalam bekas sehingga kering. Kisar semula kacang soya tadi sekali lagi dan cuba perah hingga kering.
- Rebus pati kacang soya tadi dengan daun pandan sehingga mendidih. Kacau semasa merebus perlahan-lahan supaya tidak berkerak atau berketul.
- Masukkan tepung jagung dan kacau lagi dalam satu minit dan angkat.
- Campurkan serbuk GDL dan kacau hingga sebati.
- Tuangkan ke dalam bekas tahan panas (sebaiknya bekas seperti termos nasi atau cooler box) menggunakan kain penapis untuk mengurangkan buih dan serdak.
- Tutup bekas tersebut rapat-rapat. Kalau tidak pasti, gunakan kain penapis tadi di keliling mulut bekas sebelum menutupnya.
- Taufu Fa anda akan siap dalam tempoh 1 jam.
" />



Post a Comment