Pengiklanan adalah sesuatu yang penting dalam perniagaan. Tidak kira samada perniagaan itu secara kecil-kecilan atau perniagaan besar. Kebanyakkan syarikat besar mengeluarkan banyak belanja untuk mengiklankan produk mereka seperti yang kita lihat di tepi-tepi jalan atau di dalam media-media samada media cetak, media siaran ataupun media siber. Ternyata peranan pengiklanan tidak boleh diperkecilkan dalam memajukan produk. Namun begitu, media-media sebegini mempunyai syarat dan pemantauan yang ketat. Setiap produk yang diiklankan hendaklah mendapat kelulusan pihak-pihak berwajib terutamanya produk makanan dan produk kesihatan. Pengiklan juga perlu mempunyai syarikat berdaftar samada Enterprise (persaorangan), Sendirian Berhad (SB) atau syarikat Berhad.
Perniagaan kecil juga memerlukan pengiklanan. Contohnya, seorang pembaikpulih tayar motorsikal atau perkhidmatan sewa lori mengiklankan khidmat mereka dengan menampal atau mengecat dinding, tembok malahan pembahagi jalan untuk mewar-warkan khidmat mereka. Kontraktor pembinaan, pembaikpulih paip, juruletrik dan ramai lagi yang tidak ketinggalan mengambil peluang mengiklankan produk atau khidmat mereka walaupun secara tidak sah atau lebih dikenali dengan panggilan Iklan Haram.
Ceti haram juga mengambil risiko untuk dengan mempromosikan khidmat mereka dengan menampal sticker-stiker atau mengedarkan kad perniagaan mereka merata-rata. Bayangkan kos yang mereka keluarkan untuk mencetak beribu-ribu flyes dan pamplet untuk diselitkan di kereta-kereta, pintu-pintu pagar di kawasan perumahan dan diedarkan kepada orangramai di kompleks membeli belah. Ini belum lagi mengambil kira upah yang diberikan kepada mereka yang mengedar maklumat-maklumat tersebut.
Paling hebat ialah iklan-iklan ubat perangsang atau peralatan seks. Ada juga yang menawarkan khidmat pelacur untuk mencuba keberkesanan produk mereka. Memang menjengkelkan tetapi ia adalah salah satu contoh terbaik betapa peniaga begitu serius mempromosikan produk-produk mereka. Mereka tahu risiko yang akan mereka hadapi tetapi mereka tetap meneruskan usaha ini walaupun mereka tahu kos yang dikeluarkan akan hilang dalam tempoh beberapa hari apabila pihak berkuasa tempatan mengadakan pembersihan iklan-iklan haram tersebut.
Dalam dunia tanpa sempadan dan berteknologi ini terdapat berbagai-bagai cara untuk mengiklankan produk. Paling mudah sekali ialah menggunakan sistem pesanan ringkas (sms) dan WhatsApp mengunakan telefon pintar anda untuk mewar-warkan kepada kenalan dan saudara mara.
Internet merupakan teknologi yang berkembang TERLALU PESAT sehingga selalu kita merasakan kita tidak mampu mengejarnya. Tetapi setiap kemudahan ada kekurangannya. Facebook adalah contoh ketara di mana banyak pembekal kecil-kecilan bergerak aktif mempromosikan produk mereka melalui Status. Namun begitu, Facebook, Blog dan WhatsApp juga ada kelemahannya.
Untuk keterangan lanjut mengenai beriklan di internet, baca Bahagian 2 artikel ini.
Untuk keterangan lanjut mengenai beriklan di internet, baca Bahagian 2 artikel ini.
" />





Post a Comment