" />
Berita Utama :
Home » , » Memulakan Syarikat

Memulakan Syarikat

Written By Pentadbir on Monday, March 23, 2015 | 12:34 AM

Ramai orang Malaysia sebenarnya minat berniaga. Tak kisahlah samada menjual barangan buatan sendiri ataupun buatan orang lain. Namun ramai juga yang tidak mendaftar perniagaan mereka kerana beberapa sebab:
  1. Sengaja tidak mendaftar kerana merasakan perniagaan mereka terlalu kecil.
  2. Tidak tahu cara-cara untuk mendaftar dan merasakan ianya sesuatu yang sukar.
  3. Takut mendaftar syarikat dan cuba mengelakkan daripada dikenakan cukai, dan
  4. berbagai-bagai sebab dan alasanan.
Sebenarnya, walau sekecil mana sekalipun perniagaan itu tetapi ia masih tetap mempunyai potensi untuk maju. Contohnya: 

Perniagaan Nasi Lemak yang dianggap sebagai penjajaan di tepi jalan sebenarnya berpotensi untuk untuk mendapat tender pembekal. Saya pernah membekalkan nasi lemak buatan sendiri untuk sarapan pagi satu kursus jabatan sebuah syarikat. Sekiranya saya tidak mempunyai syarikat maka saya perlu menggunakan resit sebuat syarikat lain kerana ianya adalah satu keperluan oleh jabatan tersebut. Masaalahnya ialah, pembayaran yang selalu dilakukan adalah menggunakan cek berpalang yang akan masuk ke dalam akaun syarikat tersebut. Sama ada kita perlu membayar sedikit komisen syarikat itu atau berkemungkinan duit tersebut lesap. Bukankah mudah sekiranya kita mempunyai syarikat sendiri yang mempunyai akaun semasa bank?

Mendaftar sesebuah syarikat bukanlah perkara yang sukar. Anda boleh melakukannya sendiri atau membayar sesebuah syarikat yang sememangnya ditubuhkan untuk membantu anda membuat segala urusan. Tidak perlu terburu-buru untuk membuka akaun semasa dibank kerana kadangkala akaun peribadi juga boleh digunakan. Apabila keadaan memerlukan, barulah anda buka akaun tersebut dengan deposit mengikut sesuatu bank. Samada anda pinjam duit tersebut atau dari duit sendiri, deposit itu boleh dikeluarkan semula selepas akaun anda diluluskan.

Penting:
Senaraikan semua jenis perniagaan yang anda fikir anda boleh buat sebelum mendaftar. Ini tidak bermakna anda mahir dengan perniagaan tersebut. Contohnya:
  1.  Anda seorang pendawai elektrik:
    Daftarkan semua jenis pekerjaan yang melibatkan bangunanan seperti pembinaan, plaster ceiling, paip air, pendawaian elektrik dan sebagainya. Pastikan anda letakkan perkataan "Membekal dan kerja-kerja" di dalam setiap pekerjaan tersebut. Adakalanya anda akan berkerjasama dengan kontraktor binaan atau paip air yang tidak mempunyai syarikat mereka sendiri atau anda boleh memberikan kerja-kerja tersebut kepada sub-kontraktor dengan menggunakan nama syarikat anda.
  2. Anda seorang penjual kuek:
    Daftarkan semua kerja-kerja yang melibatkan industri makanan seperti membekal, katering, pengusaha dan sebagainya. Dengan cara ini peluang anda untuk mendapatkan tawaran atau kontrak akan menjadi lebih luas.

Untuk keterangan lanjut mengenai cara mendaftar syarikat, bolehlah anda merujuk kepada lamanweb Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Share this post :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Produk Orang Lenggeng - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger